Rindu Hakiki « : LoG 0n : nahdan
Tuesday, February 22, 2005
Rindu Hakiki

Semua kita pernah rasa rindu , rindu adalah rasa fitrah yang wujud dalam diri setiap insan. semacam perasaan kasih sayang , maka rindu terbit dari pancaran nur kasih dan sayang. berbeza dendam. dendam lahir dari perasaan yang musnah seperti benci dan dengki. Dua struktur yang berbeza..tapi boleh jadi sama dari tempat keluarnya iaitu hati. dalam diri manusi itu ada seketul daging , bila baik daging itu baiklah keseluruhan jasad tersebut dan manakala apabila jahat daging itu maka binasalah keseluruhan jasad tersebut. daging yang dimaksudkan sudah tentulah hati manusia itu.

Rindu , adalah fitrah yang suci. sering kita rindu pada orang yang kita sayangi. Kaum kerabat , sanak saudara dan rakan rakan. apabila mereka jauh dan sudah lama tidak seling bertanya khabar maka kita pasti akan dilanda kerinduan. Rindu sudah tentulah pada orang yang kita kenal dan selalu lihat akan dia sebelum ini. Bila ia tiada di mata dan kita selalu teringatkan nya dengan kasih dan sayang maka inilah rindu. rasa ingin selalu berjumpa. memeluknya dan melepaskan segala rindu yang terbuku. inilah hakikat rindu yang dicipta oleh Allah Taala yang maha Agung.

Kita sering mendengar rindu kepada Rasululllah s.a.w. Hakikatnya bagaimana kita memahami dan berusaha ke arah itu? pernahkah kita bawa diri kita untuk merindui orang yang selayaknya dan paling berhak untuk dirindui? mencintai , mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w. yang mulia adalah salah satu dari cabang iman. Salah satu jua dari tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah dan hari qiamat itu jika tidak membahagikan hatinya untuk merindui Rasulullah s.a.w.

Justeru bagaimanakah cara kita untuk merindui Rasulullah , Sedangkan kita tidak pernah melihatnya , mendengar suaranya atau bertemu dengannya. Sebenarnya tiada yang mustahil dalam perkara ini. malah Rasulullah sendiri semasa hayat baginda s.a.w. pernah memberitahu sahabat baginda r.a. yang baginda merasa rindu kepada ikhwan baginda s.a.w. Para sahabat kehairanan dan bertanya siapakh ikhwan baginda s.a.w. bukankah mereka yang berada disekeliling baginda itu adalah ikhwan baginda s.a.w.? Baginda menerangkan mereka adalah Sahabat baginda..akan tetapi orang yang digelar ikhwan baginda itu adalah orang yang hidup di akhir zaman selepas nabi s.a.w tiada lagi. Mereka terdiri dari ummah nabi yang patuh pada segalanya dalam agama. Mereka sememangnya tidak pernah melihat wajah mulia nabi , tidak pernah mendengar suara nabi dan sebagainya...akan tetapi mereka ini berusaha dan menyuburkan rasa rindu yang membara kepada nabi s.a.w. Dan inilah yang menyebabkan Nabi tahu dan nabi s.a.w. juga rindu pada mereka sehinggakan diberi gelaran sebagai ikhwan (saudara) kepada nabi s.a.w. yang mulai lagi terpuji.

Sungguh mahal nilaian rindu kepada Rasulullah ini. marilah sama sama cuba untuk menyuburkannya. Cuba tukarkan rindu manusia biasa yang kita rasai kepada Rindu Rasulullah s.a.w. Hayati sirah hidup baginda s.a.w. jiwai segala sunnah baginda dan pelajarilah hadith yang telah Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Dia adalah kekasih kita. Selama lamanya akan tetap begitu. Dialah orang yang kita harapkan untuk memberi syafaat kepada kita di hari kebangkitan dan penghisaban yang penuh dahsyat nanti. Jangan kita semai semua itu di mulut sahaja akan tetapi tanam tanamkan dalam hati kita.

Moga secebis rindu yang ada kita usahakan menjadikan kita disayangi Rasulullah s.a.w dan Diredhai oleh Allah taala kelak.

Wallahu`alam

nian armands 2.42 pm mansoura , eygpt

nahdan taped a piece at 04:44 am

nadiah
September 18, 2005   06:47 PM PDT
 
19.9.2005 - 9.36 pagi

semalam...telah membuatkan aku menjadi seorang yang hina. kenape semua ini berlaku keatas diri aku? aku tidak tahu mengapa. aku tahu, aku ini hanyalh seorang yang lemas dari kesilapan. sejak dari kecil,aku suka menyusahkan orang lain. aku yakin... mungkin ini adalah balasan dari allah ta'ala keatas kesilapan diri aku. ya allah ya tuhan ku, kau jadikanlah balasan ini sebagai balasan yang tidak membawa aku keneraka. bagi aku... itu memang kesilapan diri aku. memang patut pun aku keluar dari sekolah asrama itu. tetapi... aku hanya perlu menunggu masa dan saatnya untu aku pindah dari asrama itu. aku sayang sekolah dan kawan - kawan aku disitu. tapi aku sedar yang diorang sume tidak akan merasa kehilangan aku walau pun aku pernah bersama-sama diorang. aku yakin tuhan akan beriku tempat yang dijanjikan dan adil bagi aku. aku tahu.. aku tak layak kesurganya. mungkin aku akan kenerakannya, tetapi... ya tuhan, aku tidak sanggup untuk kenerakamu yang panas dan seksa itu. mudah-mudahan kau berilah aku balasan keslahan aku didunia dan tidak diakhirat. AMIN.....
nadiah
September 18, 2005   06:46 PM PDT
 
Leave a Comment:

Name

Homepage (optional)

Comments

------------------------------------------------------------------------------------------

Previous Entry Home Next Entry