Kembali Menjengah Nahdan Seketika « : LoG 0n : nahdan
Tuesday, July 25, 2006
Kembali Menjengah Nahdan Seketika

Assalamualaikum. Nahdan kembali dijengah setelah lama ditinggal dan tak terusik hampir setahun. Ku rasakan nahdan lah yang menjadi perintis dunia penulisan blogging aku. Dari nahdan lahirlah nahwand dan seterusnya bertapak di blogspot memandangkan blogspot agak fleksibel berbanding blogdrive dan nahdan ini. Nahdan sekadar menjadi bahan rujukan dan tak salah jika dikatakan Nahdan mungkin sudah menjadi status muzium. Namun segalanya tentu berterima kasih kepada Nahdan.

Mana datang nian dan nianarmands kalau bukan nahdan sebagai batu pengasasnya. Walau tak banyak mana dan tak berkembang mana ilmu penulisan dan pengolahan laman web maya bagi diriku namun segalanya terakam dengan baik bemula dengan nahdan di blogdrive nahwand di blogspot dan akhirnya aku berjaya mendapatkan domain atas nama sendiri di Nianarmands.com

Segalanya adala kerana mu nahdan. Hihih kenapa aku kembali ke sini? Jawapannya sengaja kerana sudah lama tak ke sini dan memandangkan Nianarmands.com mengalami sedikit masalah berhubung yuran yang tertunggak dengan pihak pengurusan myasiahost..Sis Deng yang aku kenal dan menjadi orang tengah ketika mula mula membeli domain telah gagal dijejaki. Aku hampir mati akal dan buntu mengenangkan berapa banyak tulisan yang mungkin tinggal kerugian sahaja jika Nianarmands.com dibiarkan pupus dan lenyap. Nianarmands.com banyak mengumpul kisah diri , artikel dan penulisan kawan kawan dan tak kurang juga banyak menceduk dan memberikan nafas baru tulisan tulisan ku yang pernah ku coret dan tulis serta taipkan di nahdan dan nahwand.

 

namun akhirnya atas insentif aku untuk mendapatkan semula isi dan apa apa yang penah berada dibawah Nianarmands.com pada pihak urusan myasiahost mungkin Nianarmands.com akan kembali "ke udara" seperti biasa. persoalan adakah ia akan berwajah baru mungkin tidak sebab yang pentingnya sekarang adalah mendapatkan kembali arkib2 tulisan di sana yang hampir hampir hilang.

 

Doakan kami di Nianarmands.com


nahdan taped a piece at 07:35 am

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




------------------------------------------------------------------------------------------

Previous Entry Home