: LoG 0n : nahdan
Tuesday, February 01, 2005
Hati Menangis ?

"Hatiku menangis lagi , tak faham kah dia akan maksud ku? Selama ini aku harus sahaja sabar dengan karenah dia namun sebaliknya dia langsung tidak meperdulikan hati ku. Siapa kah aku ini sebenarnya di hatinya. getus dani sendiri meluahkan rasa hatinya pada sahabatnya Com.

Com yang mendengar luahan rasa Dany hanya mampu menggelengkan kepala. tampak gayanya berat sungguh rasa terkilan yang dialami oleh sahabat karibnya itu. Dia yang berkawan dengan Dany sejak kecil amat masak sangat dengan perangai Dany. dany seorang yang penyayang namun jauh di sudut yanglain pula dany kelihatan seperti seorang yang amat emosi baik dari pelbagai segi. Dan kali ini ini dia harus menenangkan sahabat karibnya itu.

Com tahu , Dany memang sayangkan Weena. Namun Weena seakan tidak menunjukkan sangat rasa sayangnya pada Dany. dany bebas membenarkan Weena berkawan dengan sesiapa sahaja aslkan weena pandai menjaga hatinya. Menjaga hati Dany ternyata bukan mudah seperti yang disangka. dany seperti keanakan-anakan. Namun itu bukan kemahuan Dany. Dia juga tak senang dengan perangai dirinya sendiri. Selama ini Weena lah yang paling sabar dengan Dany. Untung Dany memiliki gadis seperti Weena.

Entahla...karya aku mati di sini saja

nahdan taped a piece at 12:50 pm

Komen Sedia Ada (1)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, January 31, 2005
Women Created For Family life?

We have been used to thinking that women have been created for the family life and for raising children, and thus their natural place is in their homes. Nothing in the Quran or Sunna clearly supports such a view or assumption. Such a division of labor between the husband who earns the living of the family and the wife who stays at home doing housework is a societal experience, which has occurred for a very long time throughout history in so many societies, including the Arab society at the time of Islam, and the subsequent Muslim as well as other societies until recent times when change has come out. Women learn and work equally to men, and the family responsibilities are requiring more financial resources. Caring about the home has to be reviewed, and the Prophet's traditions indicate his assistance to his wives.

However, such a modern experience of women's work and the consequent need for husband's help in the housework in so many countries does not necessarily mean that it is an eternal natural law. Social change never stops; and norms are introduced, maintained or abandoned according to their practical benefit

nahdan taped a piece at 04:23 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, January 29, 2005
Rehlah Ke Sinai

Assalamualaikum pembaca.

maaf sebab blog nahdan ni tk dapat dibuka buat beberapa hari. saje nak tukar suasana. hasilnya dari gelap menuju ke biru. biar nampak ceria sikit. erm lagi pun saya baru balik dari mengikuti rombongan ke Sinai. Letih betul rasanya namun tak mengapalah demi mengaut secebis kenangan dan pengalaman dalam menjejaki bumi tuhan. Bumi Sinai bumi yang menyaksikan langkah nabi nabi terdahulu dalam episod sirah mereka. Semenanjung Sinai lah tempat yang paling banyak diutuskan nabi. Bila berjalan ke sana faham lah kita mengapa banyak dari nabi nabi dan rasul di utuskan kesitu. Dari sudut geografi Sinai merupakankawasan yang begitu tandus dan hanya diliputi padang pasir dan banjaran gunung yang luas. Sukar untuk mendapatkan bekalan asas kehidupan. Ini lah buktinya kepada kita , betapa utusan allah itu di uji dengan pelbagai ujian bagi memperlihatkan ketabahan mereka dalam membawa syariat yang mulia.

Perjalanan awal saya ke sana: destinasi pertama yang saya sampai ialah di sebuah pekan kecil bernama nakhlah. actually tak der apa kat sni..berhenti untuk rehat sejak perjalanan di malam hari yang mungkin memenatkan..untuk pemandu bas kot..sebab kami ni tidur aja sejak bertolak dari Mansurah. Sampai di Nakhlah cuaca pagi yang sungguh sejuk. sampai merah merah tangan sebab sejuk. Selesai berehat perjalanan pun diteruskan. Kami melalu terowong yang terletak di bawah terusan suez. terowong ini dikenali sebagai terowong ahmad hamidi. seterusnya kami singgah dan berhenti di tempat yang meletakkan batu bersurat. Batu ni ditulis oleh rombongan kabilah yang menunaikan haji. Selepas itu sampai pula di Batu hakisan angin..kat sini nampak lah kita batu batu bukit yang terbentuk oleh hakisan angin. amat cantik.

Perjalanan kami diteruskan dengan melawat banjaran teh. kat sini nak bgtau bukanlah banjaran teh itu seperti ladang teh , tetapi namanya sahaja yang bermaksud tempat yang sesat. ceritanya dahulu allah menguji pengikut nabi musa dengan menyesatkan mereka. Mereka tersesat dalam banjaran ini selama 40 tahun. Memang seram tempat ni. kiri dan kanan jalan dilihat sebagai banjaran gunung batu yang tinggi. Jadi munasabah betul dengan apa yang diceritakan.

Seterusnya kami sampai ke Nuwaiba dan terus ke sempadan mesir. Kat sini kami berpeluang menyaksikan sempadan mesir dengan beberapa buah negara lain seperti Palestin , Jordan , Arab saudi , dan negara laknat dan haram iaitu Israel. Tidak jauh dari sini kami pergi pula melawat kubu yang pernah diduduki oleh Salahuddin Al Ayubi dan tenteranya yang terletak ditengah laut  atas sebuah pulau. perjalanan ke sana hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan menaiki bot.


Gambar Pemandangan Dahab

Habis menjejaki Tempat bersejarah ini kami bertolak Ke Dahab untuk melepaskan lelah dan berehat pada malam harinya. tidor di hotel yang penuh dengan suasana tradisi masyarakat arab menghilangkan penat kami untuk meneruskan perjalan esok. Kami juga sempat membeli belah di pekan Dahab. menarik sekali rasanya berjalan jalan di sekitar kawasan perlancongan Dahab yang terletak di pinggiran pantai laut merah.

Pada hari keduanya kami meneruskan perjalanan dari Dahab menuju kesatu tempat lawatan lagi yang bernama St. Chaterine. Di sana lah terletaknya maqam nabi harun dan maqam nabi saleh a.s. setelah berziarah ke maqam nabi nabi yang mulia ini kami menuju pula kepada tempat yang terukir anak patung lembu samiri. di tengah perjalanan sebelum sampai ke St Chaterine tadi kami sempat melalui ditengah jalan yang menempatkan pasir putih. tiada apa yang menarik sangat cuma melihatkan panorama pasir yang membukit yang terbentuk hasil dari tiupan angin yang membawa pasir pasir ini. dinamakan pasir puteh kerana warnanya keputihan dan seakan akan salji.

Habis berziarah ke St Chaterine kami pergi pula ke tempat yang menempatkan Mata air 12. Di situ terdapat sebuah batu yang mempunyai lekuk sebanyak 12 lekuk yang menandakan 12 mata air yang keluar dari batu tersebut. Semasa perang mesir-israel dahulu , Israel pernah cuba untuk mengalih dan memindahkan batu tersebut ke negara Israel kerana mendakwa batu itu kepunyaan mereka , namun setelah pelbagai usaha yang dijalankan ternyata masih gagal..akhirnya batu itu tetap berada di situ tanpa terusik. ini lah tanda kebesaran Allah yang maha sempurna. penat juga berjalan ini namun kami tetap meneruskan dengan semangat ingin mencontohi ketabahan nabi nabi terdahulu. Seterusnya perjalanan diteruskan (jalan kaki ) menuju ke wadi arbain. lembah ini adalah lembah yang pernah menyaksikan sebanyak 40 orang nabi nabi berkumpul dan bersidang sesama mereka dalam melaksanakan perintah allah taala.

Selepas itu kami merehatkan segala lelah yang ada bagi mengumpul sedikit tenaga bagi xpdc mendaki yang akan diadakan pada tengah malam nanti.

Malam pun tiba...masa yang paling dinantikan akhirnya menjelang. setelah mendapatkan rehat yang secukupnya kami memulakan pendakian pada jam sekitar 1 malam. mendaki pada waktu malam ni banyak kelebihannya selain tak berpeluh sangat akibat sang mentari kami dapat mendaki dengan suasana yang sejuk dan nyaman. Untuk sampai ke puncak jabal musa kita akan melalui beberapa buah bukit kecil dan sederhana. walaupun penat namun demi semangat yang ada kami teruskan juga. jangan bimbang seandainya anda tidak larat sangat untuk mendaki kerana perkhidmatan tunggangan unta disediakan bagi pendaki yang agak keletihan. selepas itu di setiap beberapa jalan ke puncak disediakan perhantian untuk melepaskan lelah dan boleh membeli sebarang bekal dalam perjalanan.

suasana malam disepanjang malam pendakian sangat mendamaikan. kita boleh melihat bintang dengan jelas tanpa "segan". cahaya bulan pul waktu itu sangat terang dan membolehkan kami berjalan dengan selesa. sekali sekala ternampak apa yang dinamakan tahi bintang jatuh. sungguh indah ciptaan tuhan bagi mereka yang tahu berfikir.

setelah hampir 3 jam mendaki akhirnya dengan penat lelah kami pun berjaya sampai ke puncak bukit Jabal Musa atau pun bukit Thursina itu. segala kelelahan akhirnya hilang begitu sahaja sebaik sahaja sampai waktu solat subuh. kami menunaikan solat sambil bersyukur kepada tuhan atas kesempatan dan keizinan yang diberikan untuk menyempurnakan ekspedisi ini. kami juga berkesempatan untuk melihat matahari terbit dari pncak bukit. sesetengah badan bukit diliputi salji kecil dan ini menambahkan panorama yang indah untuk kami nikmati..

habis menyaksikan semua itu , tibalah masa untuk kami turun dan disepjang perjalanan turun kami tidak mengalami banyak masalah. cuma sesekali berehat untuk menghilang keletihan dan kelenguhan kaki yang kami alami sepanjang pendakian. Semasa kami turun juga kami sempat singgah di satu tempat yang dikenali dengan perkampungan nabi ilyas. di sana juga terletak telaga yang mungkin pernah digunakan oleh nabi ayyub a.s. Sejauh mana kebenarannya kami pun tidak berapa pasti.

Kami akhirnya berjaya menamatkan pendakian sekitar jam 8-9 pagi. Dengan keletihan yang amat sangat kami semuanya tertidur lena dalam perut bas. Kami meninggalkan Jabal Musa dengan pengalaman yang amat manis dan banyak faedah yang kami dapatnya. Kami dapat membayangkan sendiri bagaimana nabi terdahulu khususnya nabi musa mempunyai ketabahan dan semangat juang yang begitu tinggi dalam usaha menyiarkan agama Allah tala.

bersambung...

nahdan taped a piece at 11:24 am

Komen Sedia Ada (2)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, January 08, 2005
- Nyaman Dalam Nubari II -

 
Menyinari Hati Setiap Hari
Emosi yang terisi hanya satu
Tanpa ketahuan erti nyaman
Yang mendamai rasa
memukul jiwa kembali
Kepada sebuah kelahiran
Ketenangan yang tiada terjual
Kerna kutahu erti nurani
Jiwa yang jua bernama nubari
Darinya keluar menuju kata
Mengerak bibir melafaz bicara
Sampaikan segala maksud tersirat
Dari yang sudah begitu lama
Tersurat di lubuk yang dalam
Yang kian hampir pada titik noktah
Hatiku bangkit untuk berjuang...
Masyurkan rasa cinta ini
Getarkan keasingan mimpi
Pulang ke alam halaman asal
Menanti dan terus menanti
Bahagia yang menjadi idaman
Kerana mutiara itu...
Impikan selaut impian...
Idamkan selingkar idaman...
Nyaman Di Dalam Nubari
Disebalik Jernih Permata...
Tidak sejernih yang disangka.
Dek kerana terpalit dengan
Pasir yang hina
Dikupas dari lautan
Jadi bisa yang memamah
Sesekali melaungkan harapan
Sesekali memecah kerunsingan
Memalit rasa tidak bermaya
Hadiah persoalan tidak bertanya
Teras pawana berhembus salju
Menentang lautan fantasi duniawi
Apabila elusi cinta bergema
Bergema akhir dilubuk hati
Lahirlah kejujuran insan dipuja
Walaupun ribut melanda
Kekeliruan dalam diri
Tak terjamah oleh rasa
Tak terjejak oleh mimpi
Kerana mata masih dikaburi
Kerana jiwa masih dibelenggu
Entah ke mana menghilang
Dalam sebuah kehidupan
Yang tidak bermaya..
Mungkinkah masih wujud cahaya
Yang menanti di hujung perjalanan
Pulangnya hati kepada tuhan
Tanda ia masih berada
Dalam pandangan Kasih sayang-Nya
Kerana Jika baiknya dia
Maka Baiklah seluruhnya yang Lain
Hati dicipta Oleh Yang Amat Maha Pengasih
Hati untuk mengasihi
Hati Untuk Menyayangi
Bukan Tempat untuk menyimpan
Duri , onar hasad dan dengki
Lantaran hati hanyalah
Sekeping hati...

Nyaman Dalam Nubari II
Mendamai Cinta Seorang hamba...



Nukilan :
nian armand ®

nahdan taped a piece at 04:31 pm

Komen Sedia Ada (1)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, January 03, 2005
Tazkeera

"Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu'min: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Ahzab: 59).


nahdan taped a piece at 04:10 pm

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, January 01, 2005
Rantauan Kecintaan

Dengarnya di sini Aku merantau mencari cinta
Yang tidak aku dapati dari halaman rumah ku
Yang tidak aku jumpai dari dalam rumah ku
Terlerai dek keegoaan penghuni
Menganggapkan aku aku dan engkau engkau
Merantau mencari cinta
Ternyata bukan senang
Menumpang kasih yang bukan biasa
Atas ehsan budi yang mahu memberi
Mengapa aku tak tertemu dengan cinta
Yang sepatutnya aku dapati bermula dari rumah
Kerana rumah aku bukanlah rumahku syurgaku
Terkadang aku berfikir sendiri
Apakah rantauan cinta aku
Adalah ditakdirkan atau kebetulan
Apakah benar telus cinta yang aku miliki di rantau
Bolehkah cinta rantauan mengubati dan menggantikan
Cinta aku yang hilang di halaman
Bersyukur juga pada-Nya
Walau di mana cinta aku dapati
Asalnya datang dari-Nya juga
Pemilik cinta teragung untuk dicintai
Aku tahu aku menyintai-Nya
Dia juga tahu aku menyintai-Nya
Hakikat sebuah cinta tak terlerai
Pada cinta-Nya aku cintakan
Buktinya aku masih bernafas hingga saat ini
Aku masih boleh makan hingga waktu ini
Aku juga masih boleh lena hingga tika ini
Kerana Cinta-Nya
Oh Tuhanku Allah. Aku Cinta Pada-MU

Nukil : Nian A r m a n d


nahdan taped a piece at 04:24 am

Komen Sedia Ada (3)  

------------------------------------------------------------------------------------------