|
Wednesday, February 02, 2005
Maarad Kitab Er ..masih dalam cuti penggal pertama ni..semalam dah pergi maarad kitab dauli..atau dalam bahasa kitanya Pameran Buku Antarabangsa. Pemeran ini mencakupi jualan sekali la. ramai juga yang datang..rasanya paling banyak pun orang arab la. Diadakan di Kaherah dekat stadium. erm aku? tak banyak beliu sebab budjet tak cukup pun..segan lah nak mintak kat mak duit. dah la baru ni baru balik dari rombongan pi sinai. walau pun mak ada kata tak kisah tapi aku sebolehnya tak nak la menyusahkan dia. dah banyak sangat aku mintak sampai rasa segan la. tak ngapa lah..nanti nanti boleh beli lagi..lagi pun harga kitab kat mansurah ni pun murah murah juga. lebih kurang harga kat pameran tu jugak. Orang pi pameran ni nak carik buku yang tak jumpa kat maarad tu aja. walau macam mana pun sengkek aku ni..ada juga beli kitab..jangan risau bahan bacaan tu kena ada juga. beli yang sekadarnya adalah. kalau beli banyak pun kalau tak baca pun buat apa jugak kan. cewah..hehehe. Apa pun sepanjang maarad tu aku tengok macam masyarakat arab mesir ni banyak membaca. Ya atau tidak aku pun tak pasti. nampak jugalah budaya membaca tu sepanjang berjalan jalan kat pameran ni. tapi luar pameran aku tengok macam biasa aja. Lagi satu aku agak rasa bagus juga sebab orang arab ni kebanyakkannya pi mana pun bawa quran..satu budaya yang yang jarang ada pada orang melayu. Semoga segala amalan yang baik itu dijadikan contoh.P/S: Jadilah seperti ulat buku , rajin membaca..eik? ulat ade membaca ke? pernah jumpa ulat yang membaca buku tak? yang ralik makan daun adalah..hehehe nahdan taped a piece at 04:48 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Tuesday, February 01, 2005
Hati Menangis ? "Hatiku menangis lagi , tak faham kah dia akan maksud ku? Selama ini aku harus sahaja sabar dengan karenah dia namun sebaliknya dia langsung tidak meperdulikan hati ku. Siapa kah aku ini sebenarnya di hatinya. getus dani sendiri meluahkan rasa hatinya pada sahabatnya Com.Com yang mendengar luahan rasa Dany hanya mampu menggelengkan kepala. tampak gayanya berat sungguh rasa terkilan yang dialami oleh sahabat karibnya itu. Dia yang berkawan dengan Dany sejak kecil amat masak sangat dengan perangai Dany. dany seorang yang penyayang namun jauh di sudut yanglain pula dany kelihatan seperti seorang yang amat emosi baik dari pelbagai segi. Dan kali ini ini dia harus menenangkan sahabat karibnya itu. Com tahu , Dany memang sayangkan Weena. Namun Weena seakan tidak menunjukkan sangat rasa sayangnya pada Dany. dany bebas membenarkan Weena berkawan dengan sesiapa sahaja aslkan weena pandai menjaga hatinya. Menjaga hati Dany ternyata bukan mudah seperti yang disangka. dany seperti keanakan-anakan. Namun itu bukan kemahuan Dany. Dia juga tak senang dengan perangai dirinya sendiri. Selama ini Weena lah yang paling sabar dengan Dany. Untung Dany memiliki gadis seperti Weena. Entahla...karya aku mati di sini saja nahdan taped a piece at 12:50 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Monday, January 31, 2005
Women Created For Family life? However, such a modern experience of women's work and the consequent need for husband's help in the housework in so many countries does not necessarily mean that it is an eternal natural law. Social change never stops; and norms are introduced, maintained or abandoned according to their practical benefit nahdan taped a piece at 04:23 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Saturday, January 29, 2005
Rehlah Ke Sinai Assalamualaikum pembaca. maaf sebab blog nahdan ni tk dapat dibuka buat beberapa hari. saje nak tukar suasana. hasilnya dari gelap menuju ke biru. biar nampak ceria sikit. erm lagi pun saya baru balik dari mengikuti rombongan ke Sinai. Letih betul rasanya namun tak mengapalah demi mengaut secebis kenangan dan pengalaman dalam menjejaki bumi tuhan. Bumi Sinai bumi yang menyaksikan langkah nabi nabi terdahulu dalam episod sirah mereka. Semenanjung Sinai lah tempat yang paling banyak diutuskan nabi. Bila berjalan ke sana faham lah kita mengapa banyak dari nabi nabi dan rasul di utuskan kesitu. Dari sudut geografi Sinai merupakankawasan yang begitu tandus dan hanya diliputi padang pasir dan banjaran gunung yang luas. Sukar untuk mendapatkan bekalan asas kehidupan. Ini lah buktinya kepada kita , betapa utusan allah itu di uji dengan pelbagai ujian bagi memperlihatkan ketabahan mereka dalam membawa syariat yang mulia.Perjalanan awal saya ke sana: destinasi pertama yang saya sampai ialah di sebuah pekan kecil bernama nakhlah. actually tak der apa kat sni..berhenti untuk rehat sejak perjalanan di malam hari yang mungkin memenatkan..untuk pemandu bas kot..sebab kami ni tidur aja sejak bertolak dari Mansurah. Sampai di Nakhlah cuaca pagi yang sungguh sejuk. sampai merah merah tangan sebab sejuk. Selesai berehat perjalanan pun diteruskan. Kami melalu terowong yang terletak di bawah terusan suez. terowong ini dikenali sebagai terowong ahmad hamidi. seterusnya kami singgah dan berhenti di tempat yang meletakkan batu bersurat. Batu ni ditulis oleh rombongan kabilah yang menunaikan haji. Selepas itu sampai pula di Batu hakisan angin..kat sini nampak lah kita batu batu bukit yang terbentuk oleh hakisan angin. amat cantik. Perjalanan kami diteruskan dengan melawat banjaran teh. kat sini nak bgtau bukanlah banjaran teh itu seperti ladang teh , tetapi namanya sahaja yang bermaksud tempat yang sesat. ceritanya dahulu allah menguji pengikut nabi musa dengan menyesatkan mereka. Mereka tersesat dalam banjaran ini selama 40 tahun. Memang seram tempat ni. kiri dan kanan jalan dilihat sebagai banjaran gunung batu yang tinggi. Jadi munasabah betul dengan apa yang diceritakan. Seterusnya kami sampai ke Nuwaiba dan terus ke sempadan mesir. Kat sini kami berpeluang menyaksikan sempadan mesir dengan beberapa buah negara lain seperti Palestin , Jordan , Arab saudi , dan negara laknat dan haram iaitu Israel. Tidak jauh dari sini kami pergi pula melawat kubu yang pernah diduduki oleh Salahuddin Al Ayubi dan tenteranya yang terletak ditengah laut atas sebuah pulau. perjalanan ke sana hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan menaiki bot. Gambar Pemandangan DahabHabis menjejaki Tempat bersejarah ini kami bertolak Ke Dahab untuk melepaskan lelah dan berehat pada malam harinya. tidor di hotel yang penuh dengan suasana tradisi masyarakat arab menghilangkan penat kami untuk meneruskan perjalan esok. Kami juga sempat membeli belah di pekan Dahab. menarik sekali rasanya berjalan jalan di sekitar kawasan perlancongan Dahab yang terletak di pinggiran pantai laut merah. Pada hari keduanya kami meneruskan perjalanan dari Dahab menuju kesatu tempat lawatan lagi yang bernama St. Chaterine. Di sana lah terletaknya maqam nabi harun dan maqam nabi saleh a.s. setelah berziarah ke maqam nabi nabi yang mulia ini kami menuju pula kepada tempat yang terukir anak patung lembu samiri. di tengah perjalanan sebelum sampai ke St Chaterine tadi kami sempat melalui ditengah jalan yang menempatkan pasir putih. tiada apa yang menarik sangat cuma melihatkan panorama pasir yang membukit yang terbentuk hasil dari tiupan angin yang membawa pasir pasir ini. dinamakan pasir puteh kerana warnanya keputihan dan seakan akan salji. Habis berziarah ke St Chaterine kami pergi pula ke tempat yang menempatkan Mata air 12. Di situ terdapat sebuah batu yang mempunyai lekuk sebanyak 12 lekuk yang menandakan 12 mata air yang keluar dari batu tersebut. Semasa perang mesir-israel dahulu , Israel pernah cuba untuk mengalih dan memindahkan batu tersebut ke negara Israel kerana mendakwa batu itu kepunyaan mereka , namun setelah pelbagai usaha yang dijalankan ternyata masih gagal..akhirnya batu itu tetap berada di situ tanpa terusik. ini lah tanda kebesaran Allah yang maha sempurna. penat juga berjalan ini namun kami tetap meneruskan dengan semangat ingin mencontohi ketabahan nabi nabi terdahulu. Seterusnya perjalanan diteruskan (jalan kaki ) menuju ke wadi arbain. lembah ini adalah lembah yang pernah menyaksikan sebanyak 40 orang nabi nabi berkumpul dan bersidang sesama mereka dalam melaksanakan perintah allah taala. Selepas itu kami merehatkan segala lelah yang ada bagi mengumpul sedikit tenaga bagi xpdc mendaki yang akan diadakan pada tengah malam nanti. Malam pun tiba...masa yang paling dinantikan akhirnya menjelang. setelah mendapatkan rehat yang secukupnya kami memulakan pendakian pada jam sekitar 1 malam. mendaki pada waktu malam ni banyak kelebihannya selain tak berpeluh sangat akibat sang mentari kami dapat mendaki dengan suasana yang sejuk dan nyaman. Untuk sampai ke puncak jabal musa kita akan melalui beberapa buah bukit kecil dan sederhana. walaupun penat namun demi semangat yang ada kami teruskan juga. jangan bimbang seandainya anda tidak larat sangat untuk mendaki kerana perkhidmatan tunggangan unta disediakan bagi pendaki yang agak keletihan. selepas itu di setiap beberapa jalan ke puncak disediakan perhantian untuk melepaskan lelah dan boleh membeli sebarang bekal dalam perjalanan. suasana malam disepanjang malam pendakian sangat mendamaikan. kita boleh melihat bintang dengan jelas tanpa "segan". cahaya bulan pul waktu itu sangat terang dan membolehkan kami berjalan dengan selesa. sekali sekala ternampak apa yang dinamakan tahi bintang jatuh. sungguh indah ciptaan tuhan bagi mereka yang tahu berfikir. setelah hampir 3 jam mendaki akhirnya dengan penat lelah kami pun berjaya sampai ke puncak bukit Jabal Musa atau pun bukit Thursina itu. segala kelelahan akhirnya hilang begitu sahaja sebaik sahaja sampai waktu solat subuh. kami menunaikan solat sambil bersyukur kepada tuhan atas kesempatan dan keizinan yang diberikan untuk menyempurnakan ekspedisi ini. kami juga berkesempatan untuk melihat matahari terbit dari pncak bukit. sesetengah badan bukit diliputi salji kecil dan ini menambahkan panorama yang indah untuk kami nikmati.. habis menyaksikan semua itu , tibalah masa untuk kami turun dan disepjang perjalanan turun kami tidak mengalami banyak masalah. cuma sesekali berehat untuk menghilang keletihan dan kelenguhan kaki yang kami alami sepanjang pendakian. Semasa kami turun juga kami sempat singgah di satu tempat yang dikenali dengan perkampungan nabi ilyas. di sana juga terletak telaga yang mungkin pernah digunakan oleh nabi ayyub a.s. Sejauh mana kebenarannya kami pun tidak berapa pasti. Kami akhirnya berjaya menamatkan pendakian sekitar jam 8-9 pagi. Dengan keletihan yang amat sangat kami semuanya tertidur lena dalam perut bas. Kami meninggalkan Jabal Musa dengan pengalaman yang amat manis dan banyak faedah yang kami dapatnya. Kami dapat membayangkan sendiri bagaimana nabi terdahulu khususnya nabi musa mempunyai ketabahan dan semangat juang yang begitu tinggi dalam usaha menyiarkan agama Allah tala. bersambung... nahdan taped a piece at 11:24 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Saturday, January 08, 2005
- Nyaman Dalam Nubari II - ![]() Menyinari Hati Setiap Hari Emosi yang terisi hanya satu Tanpa ketahuan erti nyaman Yang mendamai rasa memukul jiwa kembali Kepada sebuah kelahiran Ketenangan yang tiada terjual Kerna kutahu erti nurani Jiwa yang jua bernama nubari Darinya keluar menuju kata Mengerak bibir melafaz bicara Sampaikan segala maksud tersirat Dari yang sudah begitu lama Tersurat di lubuk yang dalam Yang kian hampir pada titik noktah Hatiku bangkit untuk berjuang... Masyurkan rasa cinta ini Getarkan keasingan mimpi Pulang ke alam halaman asal Menanti dan terus menanti Bahagia yang menjadi idaman Kerana mutiara itu... Impikan selaut impian... Idamkan selingkar idaman... Nyaman Di Dalam Nubari Disebalik Jernih Permata... Tidak sejernih yang disangka. Dek kerana terpalit dengan Pasir yang hina Dikupas dari lautan Jadi bisa yang memamah Sesekali melaungkan harapan Sesekali memecah kerunsingan Memalit rasa tidak bermaya Hadiah persoalan tidak bertanya Teras pawana berhembus salju Menentang lautan fantasi duniawi Apabila elusi cinta bergema Bergema akhir dilubuk hati Lahirlah kejujuran insan dipuja Walaupun ribut melanda Kekeliruan dalam diri Tak terjamah oleh rasa Tak terjejak oleh mimpi Kerana mata masih dikaburi Kerana jiwa masih dibelenggu Entah ke mana menghilang Dalam sebuah kehidupan Yang tidak bermaya.. Mungkinkah masih wujud cahaya Yang menanti di hujung perjalanan Pulangnya hati kepada tuhan Tanda ia masih berada Dalam pandangan Kasih sayang-Nya Kerana Jika baiknya dia Maka Baiklah seluruhnya yang Lain Hati dicipta Oleh Yang Amat Maha Pengasih Hati untuk mengasihi Hati Untuk Menyayangi Bukan Tempat untuk menyimpan Duri , onar hasad dan dengki Lantaran hati hanyalah Sekeping hati... Nyaman Dalam Nubari II Mendamai Cinta Seorang hamba... Nukilan : nian armand ® nahdan taped a piece at 04:31 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Monday, January 03, 2005
Tazkeera
nahdan taped a piece at 04:10 pm ------------------------------------------------------------------------------------------
|