: LoG 0n : nahdan
Sunday, February 06, 2005
sultan muhammad al fateh

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Tahun Masihi 2004 telah berlalu dan kini kita telah memasuki era tahun Masihi 2005. Banyak pahit maung yang ditempuhi oleh umat Islam di seluruh dunia sepanjang tahun yang lalu. Nyawa umat Islam tidak berharga di kaca mata kaum kuffar. Ummat Islam dibunuh, disembelih dan dicampak ke dalam sungai, laut dan gaung untuk dimakan oleh ikan-ikan dan binatang buas. Pencerobohan dan pembunuhan rakyat Iraq di Fallujah oleh tentera Amerika Syarikat atas alasan untuk memerangi pengganas dan menegakkan kerajaan boneka, menusuk jiwa dan perasaan.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra di Selatan Thailand amat memilukan. Sepanjang tahun lalu, kerajaan Thaksin melakukan dua kali pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam atas nama memerangi keganasan. Pertama, pada bulan April 2004, berlaku peristiwa Kerisik yang mana beratus umat Islam mati ditembak oleh tentera Thailand. Kedua, berlaku pada bulan Oktober 2004, beratus umat Islam di Tak Bai kehilangan nyawa. Mereka dipijak, diheret, dicampak ke dalam sungai dan ditembak bagaikan anjing dan kucing di tepi jalan. Negara-negara umat Islam yang bergabung di bawah OIC berjumlah 54 buah negara dengan bilangan penduduk berbilion tidak berani bersuara kerana takut kepada ‘uncle SAM’, lebih rela umat seIslam dihina dan dibunuh sesuka hati.

Bilakah akan tiba masanya pertolongan dari Allah s.a.w menghantar seorang pemimpin yang boleh memimpin umat Islam menegakkan kehormatan dan keselamatan umat Islam. Umat Islam tidak mahu dihina lagi. Kami menunggu seorang pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh (gambar kanan) dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya-Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al-Quran pada ayat yang bermaksud;
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." [Al Fath: 1]

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama. Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang.

Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luar biasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol.

Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat. Sultan Murad begitu menitik beratkan tarbiah kepada anaknya. Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.

Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk. Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir."

Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadis yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.

Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.

Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.
Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain.

Akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel.

Beliau telah membuktikan kebenaran hadis Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardu.

Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajud, sila duduk!"
Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.


nahdan taped a piece at 06:55 am

Komen Sedia Ada (1)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 04, 2005
cop? hehehe

Minat aku cenderung lagi..kali ni nak menampakkan yang aku memang menghargai karya karya islam. memang asalnya dari dulu duk minat khaligrafi..tapi tangan aku ni keras sikit. Tak reti reti nak pandai tulis khat. walau apa pun minat tu tetap ada. Antara khat yang paling aku minat adalah jenis Khufi. cantik aja. simple aja sebab macam kotak kotak. gambar sebelah ni aku try buat rujuk khat yang ada guna "paint'..kalau nampak elok aja , esok esok boleh la hantar pi kedai tempah buat cop. boleh la cop buku buku aku tu..ha..mcm ni lah baru ada trademark..hehe jangan marah ya...wassalam



nahdan taped a piece at 07:18 am

Komen Sedia Ada (11)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, February 03, 2005
Hati?

Yesterday i felt my heart just like a mirror in te floor. It break with thousand pieces.

Semua perasaan bermain dalam kepala. rasa buntu , sedih , marah dan terasa hati. semuanya gara gara berselisih lagi ngan orang yang aku sayang. Hakikatnya aku tak salahkan dia. Dia tak salah..dia innocent..cuma aku ni. macam bebudak. emosi macam orang perempuan..kenapa lah aku macam ni. Kenapa aku gagal kawal emosi aku.

at last aku marah diri aku sendiri. aku minta maaf ngan dia. kebanyakan langkah aku silap. dia lah yang betulkan. untung dapat orang sepertinya. moga tuhan panjangkan jodoh aku ngan dia.

aku sayang dia.


Somethin new on life when you try to move on from ur old stories. The precious steps is more better from just stay with sadness moments. Take my hand and take my heart , no matter what they says , no matter what they do , as long as you`ve got me , to the ways thru Allah

nahdan taped a piece at 12:22 pm

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 02, 2005
Maarad Kitab

Er..masih dalam cuti penggal pertama ni..semalam dah pergi maarad kitab dauli..atau dalam bahasa kitanya Pameran Buku Antarabangsa. Pemeran ini mencakupi jualan sekali la. ramai juga yang datang..rasanya paling banyak pun orang arab la. Diadakan di Kaherah dekat stadium. erm aku? tak banyak beliu sebab budjet tak cukup pun..segan lah nak mintak kat mak duit. dah la baru ni baru balik dari rombongan pi sinai. walau pun mak ada kata tak kisah tapi aku sebolehnya tak nak la menyusahkan dia. dah banyak sangat aku mintak sampai rasa segan la. tak ngapa lah..nanti nanti boleh beli lagi..lagi pun harga kitab kat mansurah ni pun murah murah juga. lebih kurang harga kat pameran tu jugak. Orang pi pameran ni nak carik buku yang tak jumpa kat maarad tu aja. walau macam mana pun sengkek aku ni..ada juga beli kitab..jangan risau bahan bacaan tu kena ada juga. beli yang sekadarnya adalah. kalau beli banyak pun kalau tak baca pun buat apa jugak kan. cewah..hehehe. Apa pun sepanjang maarad tu aku tengok macam masyarakat arab mesir ni banyak membaca. Ya atau tidak aku pun tak pasti. nampak jugalah budaya membaca tu sepanjang berjalan jalan kat pameran ni. tapi luar pameran aku tengok macam biasa aja. Lagi satu aku agak rasa bagus juga sebab orang arab ni kebanyakkannya pi mana pun bawa quran..satu budaya yang yang jarang ada pada orang melayu. Semoga segala amalan yang baik itu dijadikan contoh.

P/S: Jadilah seperti ulat buku , rajin membaca..eik? ulat ade membaca ke? pernah jumpa ulat yang membaca buku tak? yang ralik makan daun adalah..hehehe

nahdan taped a piece at 04:48 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, February 01, 2005
Hati Menangis ?

"Hatiku menangis lagi , tak faham kah dia akan maksud ku? Selama ini aku harus sahaja sabar dengan karenah dia namun sebaliknya dia langsung tidak meperdulikan hati ku. Siapa kah aku ini sebenarnya di hatinya. getus dani sendiri meluahkan rasa hatinya pada sahabatnya Com.

Com yang mendengar luahan rasa Dany hanya mampu menggelengkan kepala. tampak gayanya berat sungguh rasa terkilan yang dialami oleh sahabat karibnya itu. Dia yang berkawan dengan Dany sejak kecil amat masak sangat dengan perangai Dany. dany seorang yang penyayang namun jauh di sudut yanglain pula dany kelihatan seperti seorang yang amat emosi baik dari pelbagai segi. Dan kali ini ini dia harus menenangkan sahabat karibnya itu.

Com tahu , Dany memang sayangkan Weena. Namun Weena seakan tidak menunjukkan sangat rasa sayangnya pada Dany. dany bebas membenarkan Weena berkawan dengan sesiapa sahaja aslkan weena pandai menjaga hatinya. Menjaga hati Dany ternyata bukan mudah seperti yang disangka. dany seperti keanakan-anakan. Namun itu bukan kemahuan Dany. Dia juga tak senang dengan perangai dirinya sendiri. Selama ini Weena lah yang paling sabar dengan Dany. Untung Dany memiliki gadis seperti Weena.

Entahla...karya aku mati di sini saja

nahdan taped a piece at 12:50 pm

Komen Sedia Ada (1)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, January 31, 2005
Women Created For Family life?

We have been used to thinking that women have been created for the family life and for raising children, and thus their natural place is in their homes. Nothing in the Quran or Sunna clearly supports such a view or assumption. Such a division of labor between the husband who earns the living of the family and the wife who stays at home doing housework is a societal experience, which has occurred for a very long time throughout history in so many societies, including the Arab society at the time of Islam, and the subsequent Muslim as well as other societies until recent times when change has come out. Women learn and work equally to men, and the family responsibilities are requiring more financial resources. Caring about the home has to be reviewed, and the Prophet's traditions indicate his assistance to his wives.

However, such a modern experience of women's work and the consequent need for husband's help in the housework in so many countries does not necessarily mean that it is an eternal natural law. Social change never stops; and norms are introduced, maintained or abandoned according to their practical benefit

nahdan taped a piece at 04:23 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Next Page