: LoG 0n : nahdan
Saturday, February 12, 2005
Hadith Tazkeera

On the authority of Abu Bakrah (may Allah be pleased with him) who reported that the Messenger of Allah (may the peace and blessings of Allah be upon him) was delivering the sermon relating to the Last Pilgrimage on the Day of Sacrifice at Mina. He said:

Verily your blood, your property are as sacred and inviolable as the sanctity of this day of yours, in this month of yours and in this town of yours. Behold! Have I conveyed this message to you?

(Agreed upon)

Lessons Deduced:
- This hadith highlights the keenness of Islam to preserve man’s life, property, and sense of honor.

nahdan taped a piece at 01:10 pm

Komen Sedia Ada (2)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 11, 2005
***boring

Wargh..boringnya kawe waktu ni..nak misscalled sayang kredit habis lak..vodafone cekik darah la..kejap aja dah habis..erm nak buat apa entah...malam ni rumah aku buat kenduri..member aku si Hassan ngan Din nak balik Malaysia dah..aku pun harap dapat balik tahun ni jugak. Sabar sabar...


nahdan taped a piece at 10:33 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 09, 2005
kenangan opah

"mamat..mamat..bila opah dah tak der nanti tangan sape kamu nak gago"? tanya opah pada mamat yang leka bermain di tepi pokok keladi di perkarangan rumah kampung yang indah itu.

"ala..nanti masa opah mati mamat potonglah tangan opah tu...simpan kat mamat. bila mamat nak gago..mamat gago la tangan tu.."Opah hanya tersenyum dan diam. Dalam hati kecilnya memikirkan nasib dan masa depan yang akan di lalui oleh cucunya nanti...

golabasari:
gago : perbuatan seperti menggentel lengan yang biasa dilakukan oleh mamat sebelum tidur.

nahdan taped a piece at 03:10 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, February 07, 2005
Teman Yang Berbudi

Menjadi impian setiap orang untuk memiliki teman yang berbudi. apa maksud teman yang berbudi? teman yang mengingatkan diri setiap masa untuk dekat pada redha allah taala. yang bermaksud menjauhkan dirinya dan kita yang menjadi temannya dari perkara yang dilarang oleh-Nya. Mengajak kepada yang maaruf dan beriman bersama sama kepada Allah. inilah ciri2 teman sebenar yang aku impikan.

nian : Erm dunia semakin tamat...sedarlah ummah , ayuh bertaqwa kepada Allah

nahdan taped a piece at 06:08 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, February 06, 2005
sultan muhammad al fateh

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Tahun Masihi 2004 telah berlalu dan kini kita telah memasuki era tahun Masihi 2005. Banyak pahit maung yang ditempuhi oleh umat Islam di seluruh dunia sepanjang tahun yang lalu. Nyawa umat Islam tidak berharga di kaca mata kaum kuffar. Ummat Islam dibunuh, disembelih dan dicampak ke dalam sungai, laut dan gaung untuk dimakan oleh ikan-ikan dan binatang buas. Pencerobohan dan pembunuhan rakyat Iraq di Fallujah oleh tentera Amerika Syarikat atas alasan untuk memerangi pengganas dan menegakkan kerajaan boneka, menusuk jiwa dan perasaan.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra di Selatan Thailand amat memilukan. Sepanjang tahun lalu, kerajaan Thaksin melakukan dua kali pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam atas nama memerangi keganasan. Pertama, pada bulan April 2004, berlaku peristiwa Kerisik yang mana beratus umat Islam mati ditembak oleh tentera Thailand. Kedua, berlaku pada bulan Oktober 2004, beratus umat Islam di Tak Bai kehilangan nyawa. Mereka dipijak, diheret, dicampak ke dalam sungai dan ditembak bagaikan anjing dan kucing di tepi jalan. Negara-negara umat Islam yang bergabung di bawah OIC berjumlah 54 buah negara dengan bilangan penduduk berbilion tidak berani bersuara kerana takut kepada ‘uncle SAM’, lebih rela umat seIslam dihina dan dibunuh sesuka hati.

Bilakah akan tiba masanya pertolongan dari Allah s.a.w menghantar seorang pemimpin yang boleh memimpin umat Islam menegakkan kehormatan dan keselamatan umat Islam. Umat Islam tidak mahu dihina lagi. Kami menunggu seorang pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh (gambar kanan) dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya-Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al-Quran pada ayat yang bermaksud;
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." [Al Fath: 1]

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama. Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang.

Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luar biasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol.

Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat. Sultan Murad begitu menitik beratkan tarbiah kepada anaknya. Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.

Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk. Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir."

Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadis yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.

Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.

Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.
Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain.

Akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel.

Beliau telah membuktikan kebenaran hadis Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardu.

Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajud, sila duduk!"
Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.


nahdan taped a piece at 06:55 am

Komen Sedia Ada (1)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 04, 2005
cop? hehehe

Minat aku cenderung lagi..kali ni nak menampakkan yang aku memang menghargai karya karya islam. memang asalnya dari dulu duk minat khaligrafi..tapi tangan aku ni keras sikit. Tak reti reti nak pandai tulis khat. walau apa pun minat tu tetap ada. Antara khat yang paling aku minat adalah jenis Khufi. cantik aja. simple aja sebab macam kotak kotak. gambar sebelah ni aku try buat rujuk khat yang ada guna "paint'..kalau nampak elok aja , esok esok boleh la hantar pi kedai tempah buat cop. boleh la cop buku buku aku tu..ha..mcm ni lah baru ada trademark..hehe jangan marah ya...wassalam



nahdan taped a piece at 07:18 am

Komen Sedia Ada (11)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Next Page