: LoG 0n : nahdan
Tuesday, February 22, 2005
Rindu Hakiki

Semua kita pernah rasa rindu , rindu adalah rasa fitrah yang wujud dalam diri setiap insan. semacam perasaan kasih sayang , maka rindu terbit dari pancaran nur kasih dan sayang. berbeza dendam. dendam lahir dari perasaan yang musnah seperti benci dan dengki. Dua struktur yang berbeza..tapi boleh jadi sama dari tempat keluarnya iaitu hati. dalam diri manusi itu ada seketul daging , bila baik daging itu baiklah keseluruhan jasad tersebut dan manakala apabila jahat daging itu maka binasalah keseluruhan jasad tersebut. daging yang dimaksudkan sudah tentulah hati manusia itu.

Rindu , adalah fitrah yang suci. sering kita rindu pada orang yang kita sayangi. Kaum kerabat , sanak saudara dan rakan rakan. apabila mereka jauh dan sudah lama tidak seling bertanya khabar maka kita pasti akan dilanda kerinduan. Rindu sudah tentulah pada orang yang kita kenal dan selalu lihat akan dia sebelum ini. Bila ia tiada di mata dan kita selalu teringatkan nya dengan kasih dan sayang maka inilah rindu. rasa ingin selalu berjumpa. memeluknya dan melepaskan segala rindu yang terbuku. inilah hakikat rindu yang dicipta oleh Allah Taala yang maha Agung.

Kita sering mendengar rindu kepada Rasululllah s.a.w. Hakikatnya bagaimana kita memahami dan berusaha ke arah itu? pernahkah kita bawa diri kita untuk merindui orang yang selayaknya dan paling berhak untuk dirindui? mencintai , mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w. yang mulia adalah salah satu dari cabang iman. Salah satu jua dari tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah dan hari qiamat itu jika tidak membahagikan hatinya untuk merindui Rasulullah s.a.w.

Justeru bagaimanakah cara kita untuk merindui Rasulullah , Sedangkan kita tidak pernah melihatnya , mendengar suaranya atau bertemu dengannya. Sebenarnya tiada yang mustahil dalam perkara ini. malah Rasulullah sendiri semasa hayat baginda s.a.w. pernah memberitahu sahabat baginda r.a. yang baginda merasa rindu kepada ikhwan baginda s.a.w. Para sahabat kehairanan dan bertanya siapakh ikhwan baginda s.a.w. bukankah mereka yang berada disekeliling baginda itu adalah ikhwan baginda s.a.w.? Baginda menerangkan mereka adalah Sahabat baginda..akan tetapi orang yang digelar ikhwan baginda itu adalah orang yang hidup di akhir zaman selepas nabi s.a.w tiada lagi. Mereka terdiri dari ummah nabi yang patuh pada segalanya dalam agama. Mereka sememangnya tidak pernah melihat wajah mulia nabi , tidak pernah mendengar suara nabi dan sebagainya...akan tetapi mereka ini berusaha dan menyuburkan rasa rindu yang membara kepada nabi s.a.w. Dan inilah yang menyebabkan Nabi tahu dan nabi s.a.w. juga rindu pada mereka sehinggakan diberi gelaran sebagai ikhwan (saudara) kepada nabi s.a.w. yang mulai lagi terpuji.

Sungguh mahal nilaian rindu kepada Rasulullah ini. marilah sama sama cuba untuk menyuburkannya. Cuba tukarkan rindu manusia biasa yang kita rasai kepada Rindu Rasulullah s.a.w. Hayati sirah hidup baginda s.a.w. jiwai segala sunnah baginda dan pelajarilah hadith yang telah Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Dia adalah kekasih kita. Selama lamanya akan tetap begitu. Dialah orang yang kita harapkan untuk memberi syafaat kepada kita di hari kebangkitan dan penghisaban yang penuh dahsyat nanti. Jangan kita semai semua itu di mulut sahaja akan tetapi tanam tanamkan dalam hati kita.

Moga secebis rindu yang ada kita usahakan menjadikan kita disayangi Rasulullah s.a.w dan Diredhai oleh Allah taala kelak.

Wallahu`alam

nian armands 2.42 pm mansoura , eygpt


nahdan taped a piece at 04:44 am

Komen Sedia Ada (2)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, February 21, 2005
kelas dah start balik

minggu ni kelas dah start balik..kitab kuliah pun dah start kuar..tapi baru ada dua jenis aja. satu kita takhrij hadis dan satu lagi kitab hadis mudhui..aik..hadis aja ek..dah tu aku ni dah amik hadis..hadis lah jawabnya..erm penggal ni kritikal sikit. kena belajar sungguh sungguh. penggal ni ada subjek quran..mau tak mau kena lekat paling kurang 8 juzuk tu dalam kepala. baru lah masyi..Ya Allah permudahkan ye untuk perjalanan ilmu ku ini. nak balik malaysia secepat nya juga.

nahdan taped a piece at 02:55 am

Hantar Komen  

------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, February 19, 2005
masak lemak tk jadi...

lawaknya aku ni..semalam nak try masak ayam masak lemak..masak punya masak dengan khusyu` nya at last tak jadi aja..lawak sungguh..sudahnya tak jadi masak lemak...jadi masak kunyit lak..ni kes terbubuh kunyit yang melampau lebih lah ni..ha itulah pasalnya..sebelum merantau ni tak ingat nak belajar masak betul betul..makan ngan nasik pun nasik jadi yang amat kuning..ha ha..tapi alhamdulillah syukur tk de yang sakit perut akibat makan masakan kunyit aku tu..yang terlampau kunyit..heheeh

nahdan taped a piece at 09:30 am

Komen Sedia Ada (3)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, February 17, 2005
rase rindu gile..

Org gile pun tk rindu mcm ni ..he ehe rindu lagi la kat dia tu..apesal rindu ni ek? ape rindu ni ek..sekdar teringat ke? apa yang anda rase bila rindu..ish..rase nak peluk aja org yg kita rinduu tu smpai kemek ke? erm nak peluk tk leh lagi..haram maa..abih nak buat mcm mana? kawen? mmg ah nak kawen tp lambat lagi rasanya..balik habis blaja ni mesti nak keje dulu..keje tah senang dapat ke tidak..nak kumpul duit lagi lak pastu..bayar hutang hutang dulu..loan ke apa ke..pastu nak fikir nak beli rumah lagi..kenderaan keter lagi..uiyoo baper tahun lagi haa? aiseyy nak kumpul lagi sekalik nak amik anak dara orang...aiya..mesti penat gila idup ni..asyik kumpul duit..pastu terbang lak duit tu..

nian: rase nak uzlah aja la..dalam gua..he he ehe

nahdan taped a piece at 01:32 pm

Komen Sedia Ada (4)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 16, 2005
new blog has been release !

haaa...hari ni dah release lagi satu blog..kiranya adik pada nahdan ni la..tk de apa pun cuma saje nak bazir blog hehehe...sudi sudi lah bertandang kat blog baru tu yerk...nama dia nahwand
klik on this : nahwand.blog

review


ok..hepi surfing..brought to you by nahdan.blogs

nahdan taped a piece at 12:37 am

Komen Sedia Ada (2)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, February 15, 2005
the money

The money flew again...so quick as the storm..even recently mama give me to buy somethin i want and look! this week i spent it to many things...buy and buy..yesterday i but the "maukhtasar tafsir ibn kathir" with 3 bindings just L.E.35....after more at night i going to book store nearby my house and decide to buy my dreami books...it is "bahrul mazi" but its sold out by the biggest exibitions recently...how poor am i..but i not must return with empty hands so i buy the "mausuatul umm" by imam syafie..its about 10 bindings..and it price is L.E.175!

hehehe L.E.200 on day..nevermind if just for good things...

nahdan taped a piece at 05:30 am

Komen Sedia Ada (2)  

------------------------------------------------------------------------------------------

Next Page