|
Tuesday, February 22, 2005
Rindu Hakiki Semua kita pernah rasa rindu , rindu adalah rasa fitrah yang wujud dalam diri setiap insan. Rindu , adalah fitrah yang suci. sering kita rindu pada orang yang kita sayangi. Kaum kerabat , sanak saudara dan rakan rakan. apabila mereka jauh dan sudah lama tidak seling bertanya khabar maka kita pasti akan dilanda kerinduan. Rindu sudah tentulah pada orang yang kita kenal dan selalu lihat akan dia sebelum ini. Bila ia tiada di mata dan kita selalu teringatkan nya dengan kasih dan sayang maka inilah rindu. rasa ingin selalu berjumpa. memeluknya dan melepaskan segala rindu yang terbuku. inilah hakikat rindu yang dicipta oleh Allah Taala yang maha Agung. Kita sering mendengar rindu kepada Rasululllah s.a.w. Hakikatnya bagaimana kita memahami dan berusaha ke arah itu? pernahkah kita bawa diri kita untuk merindui orang yang selayaknya dan paling berhak untuk dirindui? mencintai , mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w. yang mulia adalah salah satu dari cabang iman. Salah satu jua dari tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah dan hari qiamat itu jika tidak membahagikan hatinya untuk merindui Rasulullah s.a.w. Justeru bagaimanakah cara kita untuk merindui Rasulullah , Sedangkan kita tidak pernah melihatnya , mendengar suaranya atau bertemu dengannya. Sebenarnya tiada yang mustahil dalam perkara ini. malah Rasulullah sendiri semasa hayat baginda s.a.w. pernah memberitahu sahabat baginda r.a. yang baginda merasa rindu kepada ikhwan baginda s.a.w. Para sahabat kehairanan dan bertanya siapakh ikhwan baginda s.a.w. bukankah mereka yang berada disekeliling baginda itu adalah ikhwan baginda s.a.w.? Baginda menerangkan mereka adalah Sahabat baginda..akan tetapi orang yang digelar ikhwan baginda itu adalah orang yang hidup di akhir zaman selepas nabi s.a.w tiada lagi. Mereka terdiri dari ummah nabi yang patuh pada segalanya dalam agama. Mereka sememangnya tidak pernah melihat wajah mulia nabi , tidak pernah mendengar suara nabi dan sebagainya...akan tetapi mereka ini berusaha dan menyuburkan rasa rindu yang membara kepada nabi s.a.w. Dan inilah yang menyebabkan Nabi tahu dan nabi s.a.w. juga rindu pada mereka sehinggakan diberi gelaran sebagai ikhwan (saudara) kepada nabi s.a.w. yang mulai lagi terpuji. Sungguh mahal nilaian rindu kepada Rasulullah ini. marilah sama sama cuba untuk menyuburkannya. Cuba tukarkan rindu manusia biasa yang kita rasai kepada Rindu Rasulullah s.a.w. Hayati sirah hidup baginda s.a.w. jiwai segala sunnah baginda dan pelajarilah hadith yang telah Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Dia adalah kekasih kita. Selama lamanya akan tetap begitu. Dialah orang yang kita harapkan untuk memberi syafaat kepada kita di hari kebangkitan dan penghisaban yang penuh dahsyat nanti. Jangan kita semai semua itu di mulut sahaja akan tetapi tanam tanamkan dalam hati kita. Moga secebis rindu yang ada kita usahakan menjadikan kita disayangi Rasulullah s.a.w dan Diredhai oleh Allah taala kelak. Wallahu`alam nian armands 2.42 pm mansoura , eygpt nahdan taped a piece at 04:44 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Monday, February 21, 2005
kelas dah start balik nahdan taped a piece at 02:55 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Saturday, February 19, 2005
masak lemak tk jadi... nahdan taped a piece at 09:30 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Thursday, February 17, 2005
rase rindu gile.. nian: rase nak uzlah aja la..dalam gua..he he ehe nahdan taped a piece at 01:32 pm ------------------------------------------------------------------------------------------ Wednesday, February 16, 2005
new blog has been release ! haaa...hari ni dah release lagi satu blog..kiranya adik pada nahdan ni la..tk de apa pun cuma saje nak bazir blog hehehe...sudi sudi lah bertandang kat blog baru tu yerk...nama dia nahwand
nahdan taped a piece at 12:37 am ------------------------------------------------------------------------------------------ Tuesday, February 15, 2005
the money hehehe L.E.200 on day..nevermind if just for good things... nahdan taped a piece at 05:30 am ------------------------------------------------------------------------------------------
|